Gambaran keseluruhan Aliran_Fukutoshin_(Tokyo_Metro)

Aliran Fukutoshin ialah aliran kereta api bawah tanah terdalam di Tokyo dengan purata kedalaman 27 meter (89 ka).[3] Di stesen Shinjuku-sanchōme, aliran ini melewatdi di bawah aliran Marunouchi dan di atas Shinjuku pada kedalaman 15 meter (49 ka), dengan selang hanya 11 sentimeter (0.11 m) ke terowong aliran Shinjuku.[3] Seksyen terdalamnya adalah di bersebelahan stesen Higashi-shinjuku, di mana aliran Fukutoshin berada 35 meter di bawah stesen, di mana sebahagian sebabnya adalah sebagai ruang simpanan bawah tanah untuk sambungan masa hadapan yang mungkin bagi Shinkansen Jōetsu ke Shinjuku.[3]

Aliran ini juga adalah aliran Tokyo Metro kedua yang menyediakan perkhidmatan kereta api ekspres selepas aliran Tōzai. Walau bagaimanapun, tidak seperti aliran Tōzai (di mana perkhidmatan kereta api ekspres hanya ditawarkan di antara stesen Tōyōchō dan Nishi-funabashi), aliran Fukutoshin menyediakan perkhidmatan tersebut di sepanjang laluannya, iaitu yang pertama seumpamanya bagi Tokyo Metro. Kereta api ekspres melepasi kereta api tempatan di Higashi-shinjuku, di mana landasan tambahan dipasang bagi tujuan itu. Kereta api tempatan berhenti di setiap stesen bagi aliran ini.

Kereta api aliran Fukutoshin beroperasi ke stesen Kawagoeshi di aliran Tojo Tobu dan stesen Hannō di aliran Ikebukuro Seibu. Dari 16 Mac 2013, aliran Tōyoko Tokyu berpindah untuk berkongsi di terminal Shibuya, yang membenarkan perkhidmatan pada aliran Minatomirai ke stesen Motomachi-chūkagai di Yokohama.[4][5]

Di antara stesen Kotake-mukaihara dan Shibuya, aliran Fukutoshin beroperasi sebagai aliran kereta api bawah tanah kendalian seorang, di amana pintu tabir platform tinggi dipasang pada platform stesen untuk membantu para pemandu kereta api.[6]

Seperti kebanyakkan aliran Tokyo Metro yang lain, gerabak pertama bagi kereta api aliran Fukutoshin dikhaskan untuk wanita sahaja, sebelum dan ketika waktu puncak pagi. Pada waktu itu, hanya wanita, kanak-kanak sekolah rendah atau mereka yang lebih muda serta penumpang kelainan upaya (dan penjaganya) boleh menggunakan gerabak tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Aliran_Fukutoshin_(Tokyo_Metro) http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://www.t... http://www.japantimes.co.jp/news/2013/01/24/nation... http://www.tobu.co.jp/file/pdf/9e67f9298f0c2a004a2... http://blogs.yahoo.co.jp/tucasa_kenko/53685223.htm... http://www.tokyometro.jp/en/ http://www.tokyometro.jp/en/corporate/profile/hist... http://www.tokyometro.jp/global/en/index.html http://www.tokyometro.jp/news/2008/2008-25.html http://www.tokyometro.jp/station/index02.html#anc0... http://www.train-media.net/report/1110/metro.pdf